Pegawai-pegawai muda kerajaan yang terlibat dalam merangka dasar-dasar negara perlu memastikan setiap maklumat awal yang diperoleh tidak disebarkan kepada umum, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.
Beliau berkata penyebaran maklumat awal dan dokumen terperingkat kepada umum, boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai tentang perjalanan suatu urus tadbir kerajaan.
"Kewujudan aplikasi sosial media seperti Whatsapp dan Facebook harus digunakan bagi menyalurkan mesej-mesej positif," katanya pada Majlis Perjumpaan Bersama-sama Pegawai-pegawai kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Ismail berkata pegawai gred 41-48 adalah mereka yang akan merangka semua kertas-kertas dasar kementerian, sebelum disemak pengurusan atasan.
Sebagai bakal pemimpin di masa hadapan, Ismail berkata para pegawai muda perlu meningkatkan kecekapan, serta kemahiran dan mengambil peluang menimba pengalaman pekerjaan, untuk memantapkan lagi pengetahuan supaya dapat menjadi pemimpin yang cekap kelak.
"Penjawat awam perlu ada disiplin diri, laksanakan tugas dengan ikhlas dan tidak melanggar undang-undang dan semangat kekitaan.
"Jangan biarkan rakyat terus beranggapan, bahawa setiap urusan kerajaan adalah rumit, membazir masa dan menyusahkan," katanya.
Ismail turut menasihatkan pegawai-pegawai muda untuk menjaga keharmonian dalam lingkungan kerja kita kerana ia akan membantu mereka melaksanakan tugas dengan baik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 22 2019
ISMAIL: Kewujudan aplikasi sosial media seperti Whatsapp dan Facebook harus digunakan bagi menyalurkan mesej-mesej positif.
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
Pelaksanaan subsidi bersasar tidak beri kesan kepada pelaburan asing - Tengku Zafrul
Pelaksanaan subsidi bersasar pada masa akan datang seperti yang dipertimbangkan kerajaan tidak akan memberi kesan kepada pelaburan asing dalam negara.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
Amaran EU, AS: Malaysia berhak tentu dasar sendiri - Fahmi
Kerajaan hari ini menegaskan bahawa Malaysia mempunyai hak untuk menentukan dasar sendiri.
Buka parlimen untuk rancakkan semula ekonomi - Shahril Hamdan
UMNO percaya selagi sistem demokrasi berpalimen tergendala, ekonomi tidak akan dapat dirancakkan, tegas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.
Peranan Parlimen dalam pembangunan ekonomi negara berdepan normal baharu
Parlimen perlu menjalankan semakan ke atas ketelusan tadbir urus kerajaan semasa menguruskan COVID-19.
Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN
Penyebaran maklumat awal dan dokumen terperingkat kepada umum, boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai.
Usaha lahir masyarakat quranik bukan retorik - Ahmad Zahid
Usaha itu bermula daripada penentuan dasar negara yang berpaksikan al-Quran yang kemudiannya dilaksanakan di peringkat negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri.